9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda!

Klook.com

Bercuti memang seronok bukan? namun setiap orang ada bermacam gaya percutian bergantung kepada keselesaan masing-masing. Ada yang sukakan hotel mewah, ada yang suka bercamping di hutan, dan ada juga yang suka bermalam di homestay.

Tapi tak ramai lagi mencuba percutian yang menarik dan trending sekarang iaitu glamping. Ianya gabungan daripada perkataan ‘glamour’ dan ‘camping’ menjadi glamping.

Glamping bermaksud aktiviti bercamping namun mengutamakan keselesaan seperti di hotel. Bermakna duduk di dalam khemah tetapi lengkap dengan katil dan tilam empuk, ada kemudahan tandas bersih, lampu, kerusi dan meja malah ada penghawa dingin!

Jadi sesiapa yang berminat untuk bercuti dengan gaya glamping ini berikut kami senaraikan 9 tempat glamping menarik di Malaysia:

1 – A’Moss Farmstay di Brinchang, Pahang

9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 2
9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 3

Jika anda ingin bercuti ke Cameron Highlands dengan mencuba sesuatu kelainan, anda boleh menginap di A’MOSS FARMSTAY di Brinchang. Penginapan di sini sangat unik kerana berada di tengah ladang dan penginapannyaberkonsepkan khemah berbentuk “dome”!

Penginapan unik ini sebenarnya terletak berdekatan dengan Mossy Forest dan Ladang Teh Boh Sg Palas. Dari jauh A’Moss Farmstay ini nampak seperti Iglu di kutub utara. Apabila di waktu pagi pastu diselebungi kabus dan sejuk!

Penginapan di sini turut dilengkapi dengan sebuah bilik mandi peribadi serba lengkap dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma.

  • Alamat: A’Moss Road, Kampung Gerak Sepadu, Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.
  • No Tel: 019-555 0356
  • Harga Satu Malam: Sekitar RM200 

2 – Tiarasa Escapes di Janda Baik, Pahang

9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 4
9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 5

Lokasi glamping di sini memang mewah dan ‘glamour’. Penginapannya dihias dan dibina dengan cantik malah luas. Sangat sesuai untuk yang ada keluarga besar. Ada banyak jenis penginapan boleh anda pilih di sini.

Antara aktiviti yang seronok anda boleh lakukan di sini ialah bermain unggun api, menonton pawagam di bawah pancaran bulan, dan juga menunggang ATV. Kolam yang disediakan juga cantik dan nampak seperti kolam semulajadi dengan adanya batu-batu besar.

  • Alamat: Jalan Enderong, Sum Sum Ulu, Kampung Janda Baik, Pahang
  • Contact: +6012-8877777
  • Harga: RM 990 satu malam

3 – Castra By Colony di Kuala Lumpur

9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 6
9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 7

Ini merupakan lokasi glamping paling mahal kerana ianya terletak di tengah bandar. Ya di tengah bandar pun boleh glamping! Walaupun harganya agak mahal namun tetap berbaloi kerana anda diberikan kawasan glamping seluas 4,510 kaki persegi.

Fasiliti di sini juga lengkap dengan khemah berpenghawa dingin, TV, tempat duduk teres, taman, set barbeku, outdoor speaker, unlimited wifi, dan banyak lagi. Persis seperti duduk di hotel 5 bintang!

  • Alamat: Level R, Star Boulevard KLCC, 1, Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur
  • Contact: +6018-2138086
  • Harga: RM 2,500 satu malam

4 – Glamz di Genting, Pahang

9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 8
9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 9

Nak berglamping seperti di luar negara? LokasiGlamz di Genting ini sangat sesuai untuk anda kerana penginapannya sangat unik yang direka seperti bentuk ‘dome’ dan agak luas di dalamnya. Hiasan dalamnya juga cantik!

Di sini anda juga boleh menyewa seluruh tempat ni untuk event keluarga atau event company. Pemandangan di atas bukit dengan cuaca yang sejuk memang satu kombinasi yang terbaik jika dapat menginap di sini.

  • Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang
  • Contact: +6012-664 5269
  • Harga: Bermula dari RM 250

5 – Umea Glam di Kundasang, Sabah

9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 10
9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 11

Rekaan penginapan di Umea Glam ini mengambil inspirasi rekaan igloo di Norway dan ruangan dalaman juga agak besar. Namun hanya 4 orang sahaja yang dibenarkan duduk untuk 1 dome.

Hiasan dalaman sangat cantik, permandangan bukit bukau yang menghijau dan udara segar adalah tawaran yang anda bakal dapat jika menginap di sini. Memang sangat sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin untuk berbulan madu. Barulah romantik!

6 – Tanah Aina Fahad di Raub, Pahang

9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 12
9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 13

Terletak di dalam hutan dan penginapan hanya khemah, ini baru cara camping yang sebenar. Cumanya agak sedikit glamour kerana anda boleh tidur dengan selesa di sini disebabkan khemah yang disediakan besar dan muat dengan katil dan sedikit perabot.

Lokasi glamping di sini ada banyak aktiviti yang anda boleh lalukan antaranya jungle trekking dan mandi sungai. Dengan kehijaun pokok dan tiada gangguan telefon, anda pasti akan rasa nyaman dan tenang seperti tiada apa-apa masalah dalam dunia.

  • Alamat: Lot 1053, Mukim Ulu Dong, 27600 Raub, Pahang
  • Contact: +6014-6436712
  • Harga: Bermula dari RM 270

7 – Cabana Retreat di Sabah

9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 14
9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 15

Nak rasai glamping di tepi pantai? Anda boleh datang ke Cabana Retreat kerana lokasi glamping ini terletak di tepi pantai. Pasti seronok malam-malam boleh buat unggun api sambil melayan angin laut.

Di sini ada banyak aktiviti lain seperti ATV ride, river cruise, dan lawatan ke pulau terdekat iaitu Pulau Mantanani. Pulau Mantanani ni cantik seperti pulau di Semporna! Lokasi ni memang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan ‘romantic getaway’ bersama pasangan.

8 – Sea Horizon Glamping di Kota Tinggi, Johor

9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 16
9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 17

Sesuai dengan namanya, lokasi glamping ini paling luar biasa kerana terletak di tebing bukit yang mengadap laut. Ianya pertama di Malaysia! Walaupun hanya ada 2 unit penginapan sahaja, tapi kemudahan yang disediakan lengkap seperti kemudahan di hotel.

Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini juga menarik antarnya berenang, berkayak, berbasikal dan meneroka laluan yang dinamakan ‘Dinasour Trail’. Memang tak akan bosan kalau duduk di sini!

  • Alamat: Lot 901, Kuala Sedili Besar, 81900 Kota Tinggi, Johor
  • Contact: +6012-7719200
  • Harga: RM 680 satu malam

9 – Dusun Bonda di Batang Kali, Selangor

9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 18
9 Tempat Glamping Best Di Malaysia. Mesti Cuba Sekali Seumur Hidup Anda! 19

Lokasi glamping ini sangat lain dari yang lain kerana terletak di dalam dusun buah dan berdekatan dengan sungai Memang sangat sesuai dijadikan lokasi bersama keluarga. Ada juga kolam renang dan anda boleh mandi di air terjun yang berdekatan. Memang seronok jika buat family trip ni!

  • Alamat: Lot 2121,Jalan Ulu Tamu, Batang Kali 44300
  • Contact: +60126633667
  • Harga: Bermula dari RM 350 satu malam
Klook.com